Wednesday, 2 November 2011

Satu haribulan Sebelas Dua Ribu Sebelas (01.11.11)

Assalammualaikum,..
hai,..kawan2,..hehe,..ttba arini t'rjin lak nk update blog,..nk tau sbb pe,..hahaha,..jeng3!!!,..
Arini g klas cm bese,..awl uh kne bgon,..kol 8 dh de klas,..g klas mmg smgat tp dlm klas bkn ny dok dgr lecturer ajr,..klo nk tau kteorg dok borak je,..hahaha,..sian Dr Hamid,..hehhe
bkak bku igat nk salin nota,..ble tba bab nk tulis tarikh je,..ttba t'igat ari ni 01.11.2011,..wh,..cm,cntk je tarikh ni,..tp ag cntik tarikh 11.11.2011,..hehhe,..ble igat2 alik,..alamak!!!11.11.2011 tu sdang brade di rumah la,..huhuh,..ala,..xsyok la cmni,..nk dpndekkn cter kteorg nk wt spaya kteorg akn igat tarikh 2,..emm,..pe ag plan nk g tempat yg leh m'jdi moment tok arini,..hehehe,..lokasi yg dpilih TAMAN MERDEKA,JOHOR BAHRU,...hahaha,..

ni la Taman Merdeka,..
ni lak salah 1 pemandangan yg de kt Taman merdeka

hah,..yg 2 cme slh satu nya,..kt dlm de ag tempat2 yg cntik,..mmg syok la bg kteorg yg mmg pantang ni,..nk tau pantang pe??,..hahaha,.. kteorg ni mmg pantang nmpak kamera ag2 time  kt tempt yg cantik,..abs la tempat 2 mjadi mangsa kerakusan kteorg,..hahaha,..pyo je an,..emm,..tempat ni cm de sejarh nya t'sendri sbab de ukiran gambar tentera2 jepun n pejuang tanah air kte yg t'ukir ddndng2 batu yg de kt tempat ni,..cme air tasik kt c2 je la yg keroh,..huhuh,..tp de gak 2 3 pasangan pengantin yg wt phatoshot kat c2,..wah,sonoknya,..klas ko jah!!!,..hahaha,..best gak la tgk psngan pngantin uh,..ttba je aq brangan sndri,..ble la aq nk dpt mrase kai bju pngantin n b'gambar cm dorg,..ahhhhhh!!!!,..cepat la mse b'lalu,..ag 2 taun nk abskn study ni,..huhuh,..ksengalan sdah t'selah,..akhirny hajat nk g tempt ni slame ni t'capai gak,..ye la,..slaluny lalu depan je,..tp ari ni hajat yg t'pendam t'capai,..thanks kengkawan,..korang mmg best,..korang penghibur lara,..xde la yg mcm aq ckp ko hanya pnghibur suam2 kuku je,..hahahah,..pape pn AQ LOVE KORANG SO MUCH,...
k la,..bg korg2 yg lom g ag tempat ni,..try la g,..bes,..tp 2 pendapat aq la,..pndapat korg aq xtau la,..hahaha,..pape pn try dlu bru tau,..bg korg2 yg suka b'photoshot jga jgn lpaskn peluang k tempat ni kerna pmandangan ny yg cantik,...hahahha,..dh mcm wt promosi lak an,..emm,..k la mls dh nk dok ngarut2 ni,..nnt korg lak yg pening,..huhuh,..tgk la koleksi2 gambar yg de ye,..hehehe,..bubye,..


bermula nya disini,..
mlarat la cmpai ke sni,..hahah
next,..
and next,..
1,2,3 sedia,...
lompat setinngi yg,..tp ni je yg mampu,..hahaha


nice view,...
aligator,...haik!!!,..
cepat kte serang!!!,..
hukuman pancung,..
tembak dia!!!,..
ala2,..kanak2 spestik,..heheh
panjat,...
setibanya dipuncak yg pling tggi kt c2,...


Thursday, 20 October 2011

CiNTa dAN pERsaHABatAN,...

Assalammualaikum,..
huh,bosan gler bile xde benda yg nk dibuat ni,..padahal projek n assigment mlambak2,...tp wt DEK je cm xde pape yg nk kne wt,..huhuh,..nnt dh last2 minit bru la nk t'gopoh-gapah,..hahaha,..2 la student nama ny,..hehehe,..

hah,..sje je nk b'kongsi ngan teman2 sal cinta n persahabatan ni,..

Antara CINTA dan PERSAHABATAN,
Andainya ku diberi PELUANG untuk memilih kedua-duanya,
Akan ku pilih kedua-duanya,
Kerana bagiku ianya sama berERTI dan berNILAI dalam HIDUPku.

CINTA,
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keINDAHannya,
Kerana di sebalik keINDAHan CINTA itu,
Tersirat seribu kePAHITan
Pastinya akan merentap keDAMAIan JIWA,
Seorang penCINTA SETIA,
Tatkala ikatan diundang keKECEWAan.

Namun ia tetap betah menjemput setiap JIWA,
Yang punya HATI dan PERASAAN,
Hakikat yang tersimpan di sebalik ANUGERAH ini,
Tak terungkai dengan bicara di bibir,
Tak tergambar dengan lakonan,
Begitu SYAHDUnya kurniaan Illahi,
Lahirnya dari HATI seorang INSAN,
BerAKAL, berEMOSI, PENYAYANG, dan berPERASAAN.

PERSAHABATAN,
Suatu IKATAN yang lahir dari HATI,
Keinginan yang IKHLAS,
Bagi berkongsi TANGIS TAWA, KASIH SAYANG serta keAKRABan,
Sesungguhnya,
SAHABAT adalah tempat berbicara SETULUSnya,
Tentang IMPIAN dan pengERTIan HIDUP ini.

PERSAHABATAN yang MURNI dan SUCI,
Adalah sebuah perHUBUNGan disulami dengan benang keJUJURan,
DiWARNAi dengan keIKHLASan,
diCURAHi dengan KASIH SEJATI,
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan,
Robohlah tembok keLUHURan sebuah PERSAHABATAN.

Teman yang budiman,
MengERTIlah maksudku ini,
Sesungguhnya,
Apa yang tersimpul di HATI kecilku ini,
Sejak perkenalan kita.

Kita bina tugu PERSAHABATAN,
Yang dipagari besi keDEWASAan,
Yang TEGUH berdiri megah di laman HATI kita,
Tak tumbang dek RINTANGAN,
Hanya satu pintaku,
Agar dikau sentiasa mengINGATi diriku.

SO,..hargai la p'sahabatan yg korang de skg...bukan senang utk mendpt kawan n sahabat yg sentiasa menemani kte ketika kte ssh,..n kawan yg menumpang ksenangan kte sentiasa ad,..

Monday, 10 October 2011

Rebakan Bandar dan Suburbanization

Antara isu-isu penting berkaitan rebakan bandar dan suburbanization secara khusus di Malaysia adalah:

1. Berlakunya pembangunan berpoket (pocket development).

  • Kesan daripada pembangunan berpoket ialah lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place) kepada petempatan asal, dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk yang tinggal di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan.
  • Banyak kampung-kampung tradisi di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan dianggap sebagai monumen atau simbol masyarakat luar bandar. Ianya perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus pembangunan yang begitu pesat. Pembangunan fizikal bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan banyak petempatan yang telah lenyap.
  • Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada ‘rebakan bandar (urban sprawl)’ menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar.






2. Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status)

  • amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan. Di Lembah Kelang terdapat banyak rumah jenis kondominium dan rumah banglo mewah dibina di kawasan pinggirnya berbanding dengan jenis rumah yang lain. Di Johor Bahru pula mempunyai kadar pemilikan hartanah di pinggir metropolitannya oleh penduduk asing yang tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Ini memberi kesan kepada struktur masyarakat bandar dan corak integrasi penduduk .






3. Masyarakat tempatan yang tinggal di petempatan pinggir bandar secara keseluruhan tidak mempunyai daya saing yang tinggi dalam pelaburan hartanah mahupun dalam ekonomi bandar. Taraf ekonomi mereka amat rendah dan tidak mampan.

  • Penglibatan mereka dalam sektor pertanian semakin menurun. Di Lembah Klang sahaja, terdapat lebih daripada 20,000 penduduk petempatan berbentuk kampung dan petempatan sementara yang hidup dalam keadaan melarat dan menyedihkan, walau pun sudah lebih dua puluh tahun menetap dalam kawasan.

Monday, 3 October 2011

ReBAKan BanDAr,..

          Rebakan bandar adalah satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar.Rebakan bandar juga boleh dikaitkan dengan limpahan pembandaran.
          Proses perebakan ini biasanya sejajar dengan perkembangan sistem dan jaringan pengangkutan.Hal ini demikian kerana pengaruh sistem dan jaringan pengangkutan amat penting untuk menentukan ketersampaian pergerakan antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggir bandar.

          Dalam kes bandar raya Kuala Lumpur, boleh dikatakan limpahan perbandaran bergerak ke semua arah. misalnya ke selatan bandar raya Kuala Lumpur sejajar dengan lebuh raya persekutuan (Kuala Lumpur - seremban), ke utara sejajar dengan lebuh raya utara selatan. Manakala ke timur sejajar dengan lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.
          Pada masa kini perebakan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur pula menghala ke kawasan Sepang, Selangor yang dihubungksn melalui sistem jalan raya, lebuh raya, sistem kereta api laju (ERL) dan koridor raya multi media (MSC).

Tuesday, 27 September 2011

TranSforMasi DesA,...

         Setiap petempatan akan mengalami perubahan dr kaws yg kecil kpd kaws yg lebih luas. Perubahan sesuatu petempatan boleh di kesan melalui indikator pertambahan penduduk, pertambahan kemudahan asas dan pengangkutan, perubahan struktur ekonomi dr tradisional  kpd moden, pertambahan fungsi petempatan dan juga ciri-ciri sosioekonomi yg lain.
         Di Malaysia indikator pertambahan penduduk menjadi petunjuk penting utk menentukan sama ada sesebuah petempatan luar bandar itu telah menjadi bandar atau belum. Misalnya mana-mana petempatan desa yang mempunyai  penduduk melebihi 10,000 orang dan memiliki beberapa ciri bandar boleh ditakrifkan petempatan bandar.
         Boley dikatakan sebahagian besar daripada bandar-bandar yg ada di Malaysia pada hari ini adalah berasal daripada perkembangan petempatan desa pada masa lalu. Terdapat beberapa faktor yg mentransformasikan atau memperkembangkan sesebuah desa di Malaysia sehingga boleh menjadi bandar sama ada bandar kecil, bandar sederhana, bandar besar atau bandar raya. 
 


                                                                   Rumah Kampung

Saturday, 17 September 2011

Ntah pape je,..

Adui,.......penat dh m'cuba,..xjd2 gak,..gmbar besor la pe la,..huhuh,..de spe2 x nk m'bn2 n m'gjar aq dlm wt blog ni??,..bler tgk blog org len rse jeles je,..npe dorg ley wt sedangkn aq????,..pe pn bley,..hahahah,..xpe2 nnt aq acu,cba,try n test,...hahaha,..pape je la,..

Permulaan n Percubaan baru,..

Hai,...salam perkenalan,..hari ni aq memulakan p'cubaan utk m'buat blog,...hahaha..xtau la pe hasil ny...tp klo xtry xtau lak kn,..sblm ni penah gak m'cuba,..2 pn sbab t'paksa utk dpt markh,..n aq dh lpe pn pe paswordny,..but yg ni btol2 nk m'cuba utk hasilkn yg terbek,..huhuh,..korg yg lom try cmne???,..jom la kte try sme2,...ehehehe