Monday 10 October 2011

Rebakan Bandar dan Suburbanization

Antara isu-isu penting berkaitan rebakan bandar dan suburbanization secara khusus di Malaysia adalah:

1. Berlakunya pembangunan berpoket (pocket development).

  • Kesan daripada pembangunan berpoket ialah lupusnya kampung-kampung tradisi, melenyapkan suasana kejiranan dan kepekaan pada kawasan (sence of place) kepada petempatan asal, dan menjejaskan kualiti dan corak hidup penduduk yang tinggal di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan.
  • Banyak kampung-kampung tradisi di pinggir bandar dalam wilayah metropolitan dianggap sebagai monumen atau simbol masyarakat luar bandar. Ianya perlu dipertahankan daripada lenyap begitu sahaja dilanda arus pembangunan yang begitu pesat. Pembangunan fizikal bandaraya telah menghimpit kampung-kampung ini dan banyak petempatan yang telah lenyap.
  • Kampung-kampung yang mengalami tekanan pembangunan daripada ‘rebakan bandar (urban sprawl)’ menghadapi masalah sosioekonomi dan kualiti hidup yang rendah. Ini mencetuskan isu pemilikan rumah dan ketidakseimbangan sosial di kawasan pinggir bandar.






2. Ketidakseimbangan penduduk (sama ada dari segi kaum dan status)

  • amat ketara dalam pemilikan rumah terutama di kawasan perumahan baru yang dibina di pinggir metropolitan. Di Lembah Kelang terdapat banyak rumah jenis kondominium dan rumah banglo mewah dibina di kawasan pinggirnya berbanding dengan jenis rumah yang lain. Di Johor Bahru pula mempunyai kadar pemilikan hartanah di pinggir metropolitannya oleh penduduk asing yang tinggi berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Ini memberi kesan kepada struktur masyarakat bandar dan corak integrasi penduduk .






3. Masyarakat tempatan yang tinggal di petempatan pinggir bandar secara keseluruhan tidak mempunyai daya saing yang tinggi dalam pelaburan hartanah mahupun dalam ekonomi bandar. Taraf ekonomi mereka amat rendah dan tidak mampan.

  • Penglibatan mereka dalam sektor pertanian semakin menurun. Di Lembah Klang sahaja, terdapat lebih daripada 20,000 penduduk petempatan berbentuk kampung dan petempatan sementara yang hidup dalam keadaan melarat dan menyedihkan, walau pun sudah lebih dua puluh tahun menetap dalam kawasan.

No comments:

Post a Comment