Monday 3 October 2011

ReBAKan BanDAr,..

          Rebakan bandar adalah satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dari kawasan pusat bandar ke pinggir bandar.Rebakan bandar juga boleh dikaitkan dengan limpahan pembandaran.
          Proses perebakan ini biasanya sejajar dengan perkembangan sistem dan jaringan pengangkutan.Hal ini demikian kerana pengaruh sistem dan jaringan pengangkutan amat penting untuk menentukan ketersampaian pergerakan antara kawasan pusat bandar dengan kawasan pinggir bandar.

          Dalam kes bandar raya Kuala Lumpur, boleh dikatakan limpahan perbandaran bergerak ke semua arah. misalnya ke selatan bandar raya Kuala Lumpur sejajar dengan lebuh raya persekutuan (Kuala Lumpur - seremban), ke utara sejajar dengan lebuh raya utara selatan. Manakala ke timur sejajar dengan lebuhraya Kuala Lumpur - Karak.
          Pada masa kini perebakan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur pula menghala ke kawasan Sepang, Selangor yang dihubungksn melalui sistem jalan raya, lebuh raya, sistem kereta api laju (ERL) dan koridor raya multi media (MSC).

No comments:

Post a Comment