Tuesday 27 December 2011

Pembagunan Pusat Kebudayaan dan Keseniaan di Pinggir Bandar

            Pembangunan pinggir Bandar adalah pembangunan yang dijalankan di lingkaran luar Bandar yang telah dipenuhi dengan pembangunan yang padat. Pembangunan pinggir Bandar mendapat perhatian akibat factor-faktor seperti nilai tanah yang berpatutan, sumber semulajadi yang tinggi dan sumber tenaga yang banyak menggalakkan migrasi Bandar ke luar Bandar.
Idea ke arah pembangunan pinggir bandar yang hendak saya kemukakan adalah pinggir bandar sebagai salah satu pusat kebudayaan dan kesenian. Pusat Kebudayaan dan kesenian yang saya maksudkan adalah dengan melaksanakan program penjenamaan semula kebudayaan dan kesenian kawasan pinggir bandar yang terdapat dikawasan tersebut. Selain itu, berlakunya penambahan budaya dan seni daripada pelbagai negeri , bangsa dan juga keturunan. Hal ini adalah untuk memperkenalkan pelbagai budaya dan seni yang diamalkan oleh pelbagai etnik. Di Malaysia, penduduknya terdiri daripada pelbagai etnik dan setiap etnik mengamalkan budaya dan seni yang berlainan. Oleh itu, pelbagai budaya dan seni dapat dipamerkan untuk menjadikan sesebuah kawasan pinggir Bandar sebagai pusatnya. Disebabkan kawasan pinggir bandar tidak mendapat tarikkan daripada kebanyakkan pengunjung dan lebih ramai pengunjung yang tertumpu di kawasan Bandar ,jadi kawasan pinggir Bandar harus turut dibangunkan supaya kawasan tersebut mempunyai tarikkannya yang tersendiri.
Kesenian merupakan perihal seni yang berkaitan dengan keindahan (kehalusan). Kesenian ini menjadi tunjang kepada kebudayaan masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Dengan adanya kesenian seperti ini identiti masyarakat Melayu lebih terserlah dan dikenali ramai. Kementerian Kebudanyaan dan Kesenian telah mengambil pebagai inisiatif bagi memantapkan dan memperkembangkan lagi kebudayaan masyarakat Melayu. Kesenian bangsa Melayu telah diakui dunia sebagai unik dan menarik. Kesenian dan seni terdiri daripada empat bahagian iaitu  seni suara, seni gerak, seni rupa dan permainan tradisional.
Idea membangunkan pusat kebudayaan dan kesenian di kawasan pinggir bandar adalah untuk memperkenalkan jenis-jenis  budaya dan seni yang terdapat di Negara Malaysia. Dengan cara ini, kebudayaan dan keseniaan dapat dikenali oleh serata masyarakat samaada masyarakat tempatan mahupun pengunjung asing. Selain itu, pengunjung asing juga boleh mencuba dan mempelajari setiap kebudayaan dan kesenian yang ada. Idea untuk membangunkan pusat kebudayaan dan keseniaan di kawasan pinggir bandar juga mampu untuk mengekalkan budaya dan seni dalam diri setiap lapisan masyarakat supaya budaya dan seni ini tidak lapuk ditelan arus kemodenan. Hal ini kerana, pada masa sekarang kebanyakkan budaya dan seni semakin dilupakan oleh masyarakat dan ada antara mereka tidak mengetahui pasal kebudayaan dan seni. Contohnya seperti permainan –permainan seperti gasing, congkak tengteng dan sebagainya tidak lagi dimainkan oleh generasi masa sekarang. Hal ini kerana, pelbagai permainan moden yang berteknologi tinggi telah dipasarkan dan kebanyakkan generasi sekarang lebih gemar untuk bermainan permainan tersebut. Selain itu, idea pinggir Bandar sebagai pusat kebudayaan dan kesenian juga dapat membantu meningkat ekonomi pinggir bandar dan sekaligus mampu membangunkan kawasan pinggir bandar. Dengan pewujudan pusat kebudayaan dan kesenian di kawasan pinggir Bandar, kawasan ini akan mendapat tarikkan daripada pengunjung-pengunjung dan sekaligus mampu meningkatkan ekonomi kawasan tersebut. Selain itu, idea ini juga boleh menyebabkan kemudahan-kemudahan di kawasan sekitar pinggir Bandar dilengkapkan dan ditambah dengan pelbagai kemudahan.
Cadangan yang dikemukakan dan membangunkan kawasan pinggir Bandar sebagai pusat kebudayaan dan kesenian antaranya adalah mencadangkan untuk mengadakan aktiviti kebudayaan setiap malam minggu. Aktiviti kebudayaan yang dicadangkan antaranya adalah seperti seni tarian kuda kepang, tarian zapin, wayang kulit, makyung dan sebagainya. Dengan adanya persembahan bagi kebudayaan ini, masyarakat akan mengetahui serba sedikit tentang setiap aktiviti yang dijalankan. Selain itu, mencadangkan supaya membina dan menubuhkan ruang pameran atau galeri warisan yang dapat mempamerkan serba sedikit tentang sejarah kewujudan kebudayaan dan kesenian tersebut disamping cara untuk bermain dan pameran setiap peralatan yang digunakan. Cadangan yang seterusnya adalah untuk menjual setiap hasil kraftangan, anyaman, ukiran dan tembikar. Menubuhkan gerai-gerai kecil ditepi jalan untuk menjual hasil buatan tersebut. Cadangan ini adalah untuk meningkatkan tarikan para pengunjung untuk datang berkunjung ke kawasan pinggir Bandar tersebut selain dapat membantu meningkatkan ekonomi sekitar. Mencadangkan untuk menganjurkan kursus kraftangan, anyaman, ukitan dan membuat tembikar dengan menjemput masyarakat sekitar pinggir Bandar tersebut untuk menyertainya. Hal ini dapat membantu meluaskan pengetahuan dan bakat kepada masyarakat. Cadangan yang seterusnya adalah mengadakan pertandingan atau festival permainan-permainan yang ada antaranya ialah laying-layang, gasing, congkak, wau dan sebagainya.
Kesan yang diperolehi daripada idea pembangunan pinggir Bandar sebagai pusat kebudayaan dan kesenian antaranya ialah dapat menjana ekonomi setempat dan ekonomi Negara. Hal ini berlaku apabila kawasan tersebut telah mendapat sambutan yang tinggi dan ramai pengunjung yang dapat mengunjung akan sekaligus dapat menjana peningkatan ekonomi. Selain itu, wujudnya pelbagai peluang pekerjaan untuk generasi di sekitar kawasan pinggir Bandar tersebut. Dengan kewujudan pusat kebudayaan dan kesenian ini pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujudkan dan penduduk sekitar kawasan pinggir Bandar tersebut tidak perlu pergi ke Bandar untuk mencari pekerjaan yang belum tentu akan mereka perolehi. Idea ini juga turut dapat menarik minat ramai pengunjung tempatan dan pengunjung asing untuk dating berkunjung dikawasan pinggir Bandar tersebut. Mereka juga akan menceritakan tentang pengalaman mereka semasa ke kawasan ini dan sekaligus dapat menarik lagi ramai pengunjung untuk berkunjung. Hal ini juga dapat membantu mengembangkan dan memajukan kawasan tersebut. Kesan lain daripada idea ini, identiti masyarakat melayu akan lebih terselah apabila ramai pengunjung datang berkunjung di kawasan ini dan mengetahui tentang kebudayaan yang diamalkan oleh masyarakat melayu di Malaysia.
Kesimpulannya, idea pembangunan pinggir bandar sebagai pusat kebudayaan dan kesenian adalah salah satu idea yang mampu untuk membantu membangunkan kawasan pinggir bandar sekaligus dapat meningkatkan ekonomi serta memajukan kawasan tersebut. Selain itu, kawasan pinggir bandar ini juga akan mendapat tarikkan daripada ramai pengunjung dan akan lebih dikenali oleh ramai pengunjung.

No comments:

Post a Comment