Tuesday 27 December 2011

Masalah Migrasi di Pinggir Bandar


Rebakan Bandar merujuk kepada perkembangan sesebuah kawasan Bandar yang tidak terkawal dan terjadi akibat daripada pembangunan Bandar yang tidak terancang atau dirancang secara sambil lewa. Sebagai contoh Negara Malaysia, rebakan Bandar semakin ketara berlaku dalam wilayah metropolitan dan juga bandar-bandar utamanya. Hal ini menyebabkan timbulnya masalah di luar Bandar antaranya ialah masalah migrasi dalaman.
Migrasi dalaman merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke tempat yang lain yang hanya melintasi sempadan di dalam Negara itu sahaja seperti sempadan antara daerah, sempadan antara luar Bandar dengan Bandar, sempadan antara negeri, sempadan antara Bandar dan sebagainya.
Negara sedang membangun seperti Malaysia, migrasi pinggir bandar ke bandar merupakan jenis aliran migrasi yang paling utama. Migrasi ini melibatkan perpindahan penduduk dari kawasan pinggir Bandar ke Bandar-bandar besar untuk mencari peluang pekerjaan. Misalnya migran dari kawasan luar Bandar di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, kedah, Perlis dan lain-lain menuju ke Bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor Bahru, Petaling Jaya dan George Town. Tujuan utama migran adalah untuk mencari peluang pekerjaan khususnya dalam sector perindustrian dan perkhidmatan yang berkembang pesat di Bandar-bandar besar tersebut. Pola aliran migrasi dari luar Bandar ke Bandar yang berlaku di Negara ini melibatkan golongan muda atau belia. Pergerakan migran yang berlaku adalah bagi tujuan untuk mencari pekerjaan dan melanjutkan pelajaran. Hal ini meyebabkan kawasan pinggir Bandar akan kekurangan tenaga kerja muda sekaligus menyebabkan kualiti dan kuantiti produk yang dihasilkan tindak memuaskan dan kurang.
Selain itu, masalah turut timbul apabila berlakunya migrasi Bandar ke pinggir Bandar. Aliran ini amat ketara selepas tahun 1990-an. Hal ini berlaku berikutan daripada pembangunan pusat Bandar utama seperti Kuala Lumpur yang begitu pesat dan tepu telah menyebabkan nilai hartanah dan kos kediaman begitu tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh sebahagian besar pekerja berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh sebab itu, golongan pekerja ini akan tinggal di pinggir Bandar dan berulang alik ke tempat kerja mereka di pusat Bandar. Dengan adanya kemudahan sistem pengangkutan yang cekap seperti lebuhraya dan jalan lingkaran menyebabkan darjah ketersampaian menjadi tinggi.  Hal ini menyebakan berlaku masalah kesesakan lalu lintas di kawasan pinggir Bandar dengan laluan kenderaan yang sempit. Penduduk yang berhijrah dan menetap di pinggir Bandar turut didorong oleh keadaan kawasan sub urban yang telah dimajukan dengan kemudahan perbandaran moden. Pada masa ini, kebanyakan kawasan sub urban telah bertukar wajah dan kehilangan identitinya.
Faktor-faktor yang mempengaruhi proses migrasi dalaman boleh ditelitikan secara makro dan mikro. Secara makro migrasi dalaman berlaku disebabkan tolakkan dan tarikan secara keseluruhan manakala secara mikro pula lebih melibatkan keputusan-keputusan individu sama ada untuk melakukan migrasi atau tidak. Prespektif makro ini boleh memberikan gambaran tentang perubahan dan pembangunan ekonomi secara menyeluruh manakala prespektif mikro pula lebih terarah kepada ransangan untuk memahami keputusan dan penentu-penentu dalam proses migrasi. Dalam konteks makro, antara faktor-faktor yang menyebabkan berlaku migrasi ialah demografi, jarak antara tempat, institusi dan polisi, perbezaan kadar pembangunan dan perbandaran dan sosioekonomi sesuatu tempat berbanding dengan tempat lain. Manakala faktor-faktor mikro pula melibatkan elemen-elemen seperti budaya dan adat, melanjutkan pelajaran, pertukaran tempat kerja, persaraan dan keinginan individu untuk hidup dengan tenteram dan mengikut keluarga iaitu factor perkahwinan dan ikatan kekeluargaan.
Bagi faktor ekonomi, migrasi berlaku adalah disebabkan wujudnya peluang pekerjaan yang luas di Bandar dan pendapatan yang lumayan dan stabil. Pembangunan yang berlaku telah menawarkan peluang pekerjaan yang banyak. Terdapatnya penawaran gaji yang tetap dan lumayan di samping kemudahan yang banyak disediakan seperti perumahan dan pengangkutan, perkhidmatan selesa serta suasana kerja yang menyeronokkan telah menjadi daya tarikan uatam untuk penduduk pinggir Bandar berubah sikap meninggalkan secktor pertanian yang tidak begitu terjamin dan tidak popular.
Bagi faktor sosial pula, migrasi berlaku adalah disebabkan terdapatnya peluang melanjutkan pelajaran atau pendidikan ke institusi pengajian tinggi yang banyak terletak di Bandar-bandar besar. Oleh sebab itu, ramai pelajar pinggir Bandar terpaksa berhijrah ke Bandar-bandar besar demi melanjutkan pelajaran mereka. Sebahagian pelajar yang menamatkan pelajaran akan bekerja dam menetap di Bandar-bandar besar tersebut sekiranya bidang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan mereka tidak dapat di kawasan asal mereka.
 Kesan-kesan negatif migrasi dalaman terhadap kawasan pinggir Bandar antaranya berlaku tekanan terhadap sumber alam khususnya sumber tanah. Berlaku persaingan gunatanah yang ketara antara petempatan, industry, pembandaran, kemudahan asas, pertanian, dan sebagainya. Selain itu, saiz tanah yang tidak bertambah berbandingkepadatan dan intensity gunatanah akan menimbulkan tekanan tanah-tanah yang ada. Kemasukan migrasi akan menambahkan bilangan penduduk, justeru kawasan petempatan dan perumahan perlu dibina bagi memenuhi keperluan penduduk berkenaan. Pembukaan kawasan petempatan yang baru akan mengorbankan kawasan gunatanah yang sedia ada seperti guna tanah pertanian.
Antaranya kesan negatif yang lain adalah berlaku pencemaran dan kerosakan sumber alam. Pertambahan penduduk akibat daripada migarsi telah meningkatkan kadar pencemaran udara dan air dikawasan berkenaan. Pertambahan penduduk secara tidak langsung meningkatkan bilangan kenderaan yang melepaskan gas-gas pencemar seperti karbon monoksida ke udara. Keadaan ini akan meningkatkan indeks pencemaran udara (IPU). Sumber air khususnya sungai akan tercemar menerusi pembuangan sisa domestic seperti sampah sarap oleh penduduk yang semakin bertambah. Manakala kerosakan terhadap sumber alam dirujuk kepada pelbagai kejadian hakisan dan tanah runtuh akibat aktivi pembangunan yang semakin pesat terutama bagi menampung pertambahan penduduk melalui pembinaan kawasan perumahan.
Selain itu, berlaku kepupusan sumber iaitu migrasi masuk penduduk terhadap sesuatu kawasan yang mempunyai sumber berpotensi menyebabkan lama-kelamaan sumber tersebut mengalami kepupusan dan ancaman kehabisan khususnya sumber yang tidak boleh diganti. Sumber-sumber hutan dikawasan pinggir Bandar juga hamper kehabisan kerana proses penebangan dan penerokaan yang sentiasa berlaku bagi memenuhi permintaan sektor perumahan, perbandaran, kilang yang semakin bertambah sejajar dengan kemasukan penduduk-penduduk Bandar.
Kesan negatif lain ialah pembaziran terhadap sumber. Hal ini berlaku apabila berlakunya migrasi pinggir Bandar ke Bandar dan sekaligus menyebabkan berlaku masalah kekurangan pekerja atau tenaga muda untuk membangunkan sumber-sumber alam setempat. Misalnya masalah tanah terbiar dan krisis tenaga dalam sektor pertanian dan perikanan. Fenomena migrasi tenaga kerja dari sektor pertanian dan perikanan dari pinggir Bandar ke sektor industri dan perkhidmatan di Bandar akan menyebabkan kawasan-kawasan desa yang ditinggalkan menjadi lebih mundur.
Kesan yang terakhir adalah kesan terhadap ekonomi. Kesan ini menyebabkan timbul pelbagai masalah sekiranya aliran masuk dan keluar migran terus meningkat di kawasan Bandar dan pinggir Bandar . Antaranya seperti taraf hidup rendah, pendapatan penduduk akan menurun, mereka yang tidak berkelulusan tinggi akan tercicir, penduduk tetap dibelengu dengan kemiskinan, produktiviti pertanian akan merosot, persaingan untuk memperolehi pekerjaan akan meningkat dan menyebabkan golongan yang tidak berpendidikan tercicir dan berlakunya peningkatan kadar pengangguran dan kemiskinan kerana kelulusan yang ada tidak setaraf dengan kerja yang ditawarkan.

No comments:

Post a Comment